Monday, 30 May 2016

FALL

You who knew all my weakness is gone
Can you come back and stay by my side
I will be standing here waiting you
Heart newly born is always strong and brave
No matter how steep the road we take
It can drive us forever and ever
Let’s take it how we want
The choice we make is for you and my future
Misery is nothings
It is all up to your thoughts and beliefs
To bring in success within your life
Don’t you compare yourself with other people
That’s a waste of a person you are
Why not be honest to your emotion
Don’t you be falling down

SESAL

Jika kita ingin melakukan sesuatu, lebih baik kita kaji kesan dan akibatnya terlebih dahulu untuk 
mengelakkan kita menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah “ sesal dahulu pendapatan, sesal 
kemudian tidak berguna lagi ”. Jika perkara itu mendatangkan kesan yang baik, mungkin kita boleh 
teruskan. Manakala, jika perkara itu mendatangkan kesan yang buruk lebih baik kita elakkan. Hal ini bertujuan demi kebaikan masa depan kita. Selalunya bila kita sudah membuat keputusan yang salah, sukar bagi kita untuk menukar keadaan kembali kepada yang asal. Perkara yang hanya kita dapat 
lakukan buat masa ini hanyalah menyesal dengan tindakan yang kita ambil. Menyesal itu adalah satu perkara yang baik untuk kita lakukan tetapi hanya apabila ia diiringi dengan usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Sunday, 22 May 2016

BAIK

l Bagaimana kita mahu mendapat yang BAIK
l Kalau diri sendiri masih belum cukup BAIK
l Bagaimana hendak menjadi orang yang BAIK
l Kalau diri sendiri masih tak BAIK-BAIK
l Jika kita memang orang yang BAIK
l Semoga kita sentiasa dikurniakan benda yang BAIK
l Jika kita seorang yang BAIK
l Ajaklah orang lain menjadi BAIK
l Lebih baik kita menjadi orang yang BAIK
l Daripada menjadi orang yang tidak BAIK
l Mereka-mereka yang BAIK
l Akan didampingi dengan orang yang BAIK
l Selalu fikir perkara yang BAIK
l Kerana Allah SWT itu MAHA BAIK
l In sha Allah jika kita buat perkara yang BAIK
l Kita akan mendapat yang TERBAIK

Sekian, Assalamualaikum WBT.

PELUANG

Setiap manusia berhak diberikan peluang untuk berubah dalam dunia ini. Kita tidak boleh terus menghukum seseorang itu atas kesalahan yang dia lakukan. Kita mesti sentiasa ingat bahawa tidak ada seorang manusia pun dalam dunia ini yang tidak pernah melakukan kesalahan. Bahkan kita sendiri juga sentiasa membuat salah dalam hidup ini. Kebanyakan orang takut untuk berubah kerana orang yang berada di sekeliling mereka sendiri tidak memberikan peluang kepada mereka untuk berubah. Jadi apa salahnya, jika kita menjadi orang pertama yang menghulurkan tangan untuk sama-sama membantu mereka untuk berubah. In sha Allah jika kita berbuat baik kepada orang, kita sendiri akan dibalas perkara yang baik. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Monday, 16 May 2016

ALONE

I have always walked alone
When I turned around,
Everyone was so far away

Even so,
I still walked on by myself
That’s what it was to be strong

I’m not afraid of anything anymore
That’s what I try to tell myself,
For all this time

Eventually,
One day everyone will becomes alone
It is just a matter of time

We will only able to live on, 
Through our memories
So I can even love and laugh in this loneliness

I will fight until my last breath
I will never show you my tears

PUTUS

Semua orang pasti pernah merasakan erti putus asa. Begitu juga aku, pasti semua orang tahu betapaseksa dan payahnya untuk bangkit semula setelah jatuh. Apa yang aku ingin katakan di sini ialah ramai yang berputus asa kerana mereka tidak dapat melihat sinar kejayaan di depan mata dan mereka merasakan usaha yang mereka lakukan adalah sia-sia. Kita harus sentiasa ingat bahawa kejayaan itu tidak akan datang bergolek di depan mata, sebaliknya kita yang harus mencarinya. Pencarian itu mestilah dibekalkan dengan kesabaran dan usaha yang kuat. Tanpa usaha, sesuatu perkara yang kita ingin capai itu tidak akan dapat kita kecapi sampai bila-bila. Oleh itu, kita haruslah memperkemaskan azam kita seiring dengan usaha yang gigih. Satu lagi perkara yang perlu kita ingat ialah jangan mudah menyerah kalah dan berputus asa. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.


CHAIYOK!! FIGHTING!! GANBATTE!!

Tuesday, 10 May 2016

SELESA

Aku adalah seorang manusia yang sukar untuk berasa selesa dengan persekitaran yang baru kerana bagi aku untuk berasa selesa, aku mesti merasakan bahagia terlebih dahulu. Persekitaran yang aku maksudkan di sini bukan terhad dari segi tempat sahaja malah keseluruhan isi dalam tempat tersebut. Seterusnya, aku ini mudah bergaul dengan orang lain kerana aku suka bila aku dapat berkenalan dengan orang baru. Namun, bukan beerti aku terus berasa selesa dengan individu tersebut setelah aku memulakan perbualan dengan dia. Perbualan itu adalah salah satu perkara yang aku lakukan untuk menguji sama ada aku sesuai atau tidal untuk berkawan dengan dia. Dengan kata lain, kalau perbualan itu tidak terhenti di situ sahaja dan individu tersebut memberikan respon yang baik, in sha Allah aku dapat merasakan keselesaan untuk meneruskan perkenalan ini ke tahap yang seterusnya. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

CARUT

Carut boleh didefinisikan sebagai perbuatan mengucapkan perkataan yang kurang sopan untuk diperkatakan kepada sendiri mahupun kepada orang lain. Contohnya, Ahmad mengatakan wajah Ali mempunyai iras-iras khinzir. Ini adaalah satu contoh mencarut yang sering digunakan oleh anak muda kita pada hari ini. Tanpa kita sedar, adab sopan-santun yang telah dipupuk dan diajar semenjak kita kecil semakin hilang dari generasi sekarang. Perbuatan mencarut ini juga adalah perbuatn yang dikutuk oleh Allah SWT. Daripada kita mencarut, lebih baik kita berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Secara tak langsung, kita dapat menambah pahala dan lebih mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa. Perbuatan mencarut ini boleh dielakkan jika kita sendiri ada kemahuan untuk berubah ke arah yang lebih baik. In sha Allah. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Tuesday, 3 May 2016

KEMBARA

Assalamualaikum WBT dan hai semua! 

Kali ini saya nak kongsikan sedikit tip serta nasihat bagi mereka yang suka mengembara dan melancong. Saya tahu kebanyakan daripada kita suka berjalan tidak kira sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya sendiri, lagi banyak tempat yang kita pergi maka lagi banyak pengalaman yang kita akan dapat. Namun, dalam keseronokan nak pergi melancong itu ramai yang terlupa tentang keperluan penting untuk dibawa tak kira ke mana saja kita pergi. 

♥ PASSPORT
Benda ini jangan sesekali terlupa bawa atau hilangkan apabila kita nak melancong ke luar        
negara. Kebanyakan urus niaga di luar negara akan berpandukan passport kita.  

♥ UBAT
Benda ini wajib disediakan tak kira ke mana sahaja anda pergi kerana sakit ini boleh berlaku bila-
bila sahaja tanpa kita rancang. Selain itu, harga ubat di luar negara selalunya lebih mahal dan   
kurang sesuai untuk tubuh orang Malaysia.

♥ INSURANS PELANCONGAN
Ini hanya peringatan agar percutian anda lebih selamat, teratur dan terjamin. Travel  tetap 
travel, tetapi kesihatan dan keselamatan mesti diutamakan. 

BURUNG HANTU

Burung hantu atau dalam bahasa inggerisnya ‘owl’ adalah salah satu binatang yang paling cantik aku pernah jumpa di dalam muka bumi Allah SWT ini. Perkara yang membuatkan aku tertarik dekat burung hantu ini adalah dia mempunyai mata yang sangat bulat dan ia bersinar dalam kegelapan malam. Pertemuan aku dengan burung hantu ini tidak bermula dengan sangat baik pada mulanya kerana dia cuba nak menjadikan anak kucing dekat rumah aku itu sebagai makanan tengahari. Setelah itu peranan aku muncul sebagai wira dan penyelamat. Aku hampir dicakar dan disambar oleh burung hantu itu kalau adik aku tak datang tolong aku tepat pada waktunya masa itu. Konon nak selamatkan kucing la sangat padahal diri sendiri pun kena minta orang lain tolong selamatkan. Hahahahaha. Selepas kejadian ini, burung hantu itu rajin pula datang rumah aku walaupun dia hanya perhati dari jauh gerak geri aku dan sudah semestinya dia masih aim anak kucing aku lagi. Semasa inilah, baru aku perasan yang burung hantu ini cantik rupanya walaupun dia itu kira menjadi musuh aku (kalau mengikut cerita aku ini). 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Monday, 25 April 2016

PERASAN

Menurut andaian aku, perasan ini adalah satu sifat yang ada pada semua orang. Namun, sifat ini aku rasa adalah lebih ke arah kaum wanita. Aku bukannya nak menghina kaum wanita tetapi apa yang aku nyatakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku mengaku yang kebanyakan kawan perempuan aku termasuk aku sendiri memang jenis kuat perasan. Contohnya, kalau pensyarah puji yang jawapan aku paling tepat antara semua orang lain, mulalah aku nak perasan bagus. Nanti bukan setakat hati, hidung aku akan menjadi kembang bak bunga ros sekali. Aku rasa perasan aku ini masih di tahap normal dan masih boleh diterima oleh semua orang. Fenomena perasan yang aku paling tak suka adalah bila seseorang perempuan itu perasan yang ada lelaki minat dekat dia walaupun lelaki itu baru pertama kali pernah tengok muka dia. Perasan jenis ini aku tak tahu datang dari mana kewujudannya sebab bagi aku benda ini sangat tak logik dan membuang masa.

Sekian, Assalamualaikum WBT. 

UJIAN

Aku ingat cerita sedih hidupku berakhir sampai cuti semester baru-baru ini sahaja. Namun, lebih banyak ujian dan dugaan yang datang dalam hidup aku minggu ini. Perkara yang paling terkesan dalam hidup aku minggu ini adalah aku tak sempat nak buat Ujian Makmal 1 (Aplikasi Komputer) sampai habis. Ini semua gara-gara sebab komputer aku terpadam dengan sendiri masa aku dah buat separuh jalan. Bila aku buka balik komputer itu, kerja yang aku buat itu hilang begitu sahaja dan aku terpaksa buat lain. Bila buat lain itu, aku sempat buat Microsoft Excel sahaja sampai habis. Perkara ini membuatkan mood aku terus lari sepanjang hari sampai aku terlupa nak pergi meeting kelab hari itu. Keesokan harinya, aku kena marah dengan senior sebab tak pergi meeting malam itu dan alasan yang aku dapat bagi masa itu adalah aku ada masalah peribadi (aku rasa alasan ini sangat mengarut ). Hahahahaha. Walaupun, banyak ujian dan dugaan yang menimpa aku minggu ini, aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kita mesti sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu sudah mengaturkan perjalanan hidup kita itu dengan sebaik-baiknya. In sha Allah.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Monday, 18 April 2016

TUDUNG

Untuk pengetahuan semua, aku ini adalah seorang pemakai tudung hitam yang tegar. Warna hitam akan menjadi pilihan aku untuk semua jenis tudung, tidak sama ada bawal atau shawl. Ramai orang pernah tegur pasal pemakaian tudung aku ini, ada yang cakap aku ini tak pandai berfesyen, tak pandai nak tarik perhatian orang dan bermacam-macam kritikan lain yang aku terima. Namun, aku ada alasan aku yang tersendiri kenapa aku suka sangat pakai tudung hitam. Bagi aku, tudung hitam ini masuk dengan semua jenis pakaian dan selesa dipakai di mana sahaja. Aku mengaku aku memang tak pandai berfesyen dan tak menjadi perhatian khalayak, tetapi tujuan tudung itu sendiri dibuat adalah untuk melindungi kita daripada perhatian ramai dan maksiat. Jadi bagi aku, lebih baik kita cantik di mata Allah SWT daripada mata manusia. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.

CUTI

Cuti semester kali ini adalah agak hambar bagi aku sebab banyak peristiwa sedih yang berlaku ke atas diri aku. 

Peristiwa yang pertama ialah rumah aku ada masalah air. Benda ini memang mencabar kesabaran aku sebab salah satu faktor aku balik rumah adalah aku nak mendapat air yang secukupnya kerana UKM sendiri tak ada air. Kedua, ayah aku terpaksa pergi outstation selama 4 hari di Langkawi. Walaupun Langkawi itu tak jauh mana dari rumah aku, tetapi masa cuti-cuti inilah aku nak menguatkan bonding dan meluangkan masa bersama keluarga aku. Benda ini tak akan terjadi kalau salah seorang ahli keluarga tak ada sekali. Seterusnya, peristiwa yang paling menyayat hati adalah aku menyaksikan sendiri salah seekor kucing di belakang rumah aku kena langgar lari. Benda ini menyebabkan aku tak lalu makan sehari suntuk. Bila aku nampak tiap-tiap hari adik-beradik kucing itu pergi ke kubur yang aku dan mak aku buat untuk arwah adiknya, masa itu memang air mata aku jatu berderaian dengan lajunya. Perkara ini membuatkan aku tersedar yang keluarga itu adalah merupakan salah satu benda yang paling penting dan berharga dalah hidup kita. Hubungan kekeluargaan itu mestilah kita jaga dengan baik sampai ke akhir hayat kita.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Monday, 11 April 2016

ANGIN

Waktu panas-panas macam sekarang ini memang sedap dan nyaman kalau kita berada di tempat yang berangin dan dingin. Sebab itu aku akan mencari tempat-tempat yang best untuk diduduki. 

Tempat pertama yang menjadi pilihan hati aku tentulah bilik aku sendiri. Walaupun bilik aku ini kurang sejuk sebab aku pakai kipas sahaja, tetapi keselesaan yang aku dapat masa duduk dekat bilik tidak  dapat ditandingi dengan tempat lain. Masa dekat bilik sahaja yang aku boleh guling-guling suka hati dan makan maggi sambil tengok movie. Hehehe. 

Seterusnya, tempat kedua yang mendapat tempat di hati aku ini ialah surau FEP. Aku rasa antara banyak-banyak surau yang aku pernah pergi dalam UKM ini, surau fakulti aku adalah yang paling sejuk dan selesa. Bila dah selesa, lagi seronok untuk kita buat ibadah. Betul tak rakan-rakan sekalian? 

Tempat terakhir yang termasuk dalam carta aku ialah perpustakaan. Perpustakaan ini best sebab salah satunya semua tempat dalam perpustakaan itu ada aircond. Nak cakap angin aircond perpustakaan itu punyalah kuat, tempias dia kena sampai ke luar. Lagi satu aku suka duduk perpustakaan sebab makanan yang dijual dekat situ sedap-sedap. Selalunya aku akan beli nasi lemak dan spaghetti sebab bagi aku harga dia berpatutan dengan rasa.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

AIR

Minggu ini aku akan membincangkan lebih lanjut mengenai topik air. Untuk minggu lepas aku telahmenceritakan mengenai masalah air di kolej kediaman aku. Jadi minggu ini, aku memilih untuk menceritakan masalah air di kampung halaman aku yang tercinta iaitu Kedah. Sepertimana yang anda semua tahu sekarang ini Kedah sedang mengalami fenomena panas yang melampau dan perkara ini telah menyebabkan beberapa buah tempat di Kedah sedang mengalami masalah air. Salah satu tempat yang terlibat adalah tempat aku sendiri, Semeling. Mengikut data yang aku terimadari keluarga dan jiran sekeliling rumah aku, tempat aku sudah mengalami masalah air dari 3 bulan yang lalu lagi. Masalah air ini menampakkan tanda-tanda  yang ia  tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini. Aku boleh cakap masalah air yang berlaku dekat rumah aku ini adalah lebih teruk daripada dekat kolej sebab tiap-tiap hari lori SADA terpaksa hantar air dalam 2 kali sehari. Bukan itu sahaja, masalah ini juga sedang mengurangkan pendapatan para petani kerana padi yang ditanam tidak dapat membuahkan hasil.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Monday, 4 April 2016

AIR

Untuk kali ini, aku memilih air sebagai topik utama yang aku ingin bincangkan sebab aku sendiri sedang menghadapi masalah air di kolej kediaman tercinta, Kolej Keris Mas. Masalah ini baru melanda kolej aku beberapa hari yang lepas tetapi kesan yang dibawa dalam beberapa hari ini amatlah tragis. 

Salah satu kesannya, adalah aku terpaksa menjimatkan penggunaan pakaian di hari-hari yang panas ini. Walaupun aku terpaksa menahan bau-bauan pelik yang keluar dari pakaian aku, aku rela untuk memakainya daripadaaku tiada langsung pakaian untuk dipakai. Selain itu, aku juga terpaksa berjalan berulangalik ke setiap blok untuk mendapatkan setitik air sampai aku sendiri diserang athma. Ini boleh dikira kesan yang paling tragis sekali antara semua kesan. 

Namun di sebalik kesan yang tragis ini, ada juga sinar kebahagiaan yang muncul. Dalam beberapa hari ini, terjalinnya ukhwah yang sangat rapat antara penghuni blok disebabkan kerjasama yang berlaku dalam mengatasi masalah air ini. Daripada perkara ini, aku semakin yakin bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

BLUEBERI

Kenapa aku memilih blueberi sebagai tema blog aku untuk minggu ini? 

Untuk pengetahuan semua aku ini adalah seorang manusia yang lebih menggemari buah yang masam daripada buah yang manis. Jadi kebanyakan buah yang masam seperti oren, epal, strawberi, anggur dan mangga memang menjadi pilihan utama aku. Antara salah satu dari pilihan itu adalah blueberi. Blueberi ini adalah buah yang kaya dengan vitamin dan mengandungi pelbagai khasiat. Selain itu, blueberi ini bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, tetapi juga sedap dimakan bersamakek dan jus.Bagi aku sendiri, aku suka makan blueberi ini bersama aiskrim dan pancake. Kalau aku bercuti ke Cameron Highlands, aku tak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk makan dan membeli blueberi sebanyak yang mungkin disebabkan kesegarannya adalah tidak sama dengan yang dijual di pasaraya di rumah.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Tuesday, 29 March 2016

COKLAT

Untuk pengetahuan semua, aku ini merupakan seorang pencinta coklat yang sangat tegar. Coklat yang selalunya menjadi pilihan aku antaranya ialah Kinder Bueno, KitKat, Kisses, Vochelle dan Ferrero RocherCadbury dulu pernah menjadi coklat kegemaran aku tetapi sejak JAKIM mengumumkan yang enzim babi digunakan dalam penghasilan coklat Cadbury, aku dah tak makan coklat Cadbury sampai ke hari ini. 

Kenapa aku suka makan coklat?

Secara spesifiknya, aku tak tahu sejak bila aku suka makan coklat tetapi bila aku makan coklat aku rasa macam diri aku berada di awan-awangan dan segala masalah aku hilang begitu sahaja. Lagi satu 
aku memang suka makan benda manis macam kek dan aiskrim, jadi mestilah coklat akan termasuk dalam pilihan aku. Bagi sesiapa yang sedang masih tercari-cari cara untuk hilangkan stress, aku 
rekomenkan kepada semua untuk makan coklat sebab bukan setakat aku teapi kajian juga sudah membuktikan bahawa coklat merupakan salah satu cara terbaik untuk menghilang tekanan.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

LEMAU

Lemau merupakan salah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan makanan. Biasanya kalau sesuatu makanan itu masuk angin, ia akan menjadi lemau. Contohnya, macam biskut kalau kita biarkan terdedah, kemungkinan besar untuk biskut itu menjadi lemau adalah sangat tinggi. Selalunya kalau makanan itu sudah lemau, orang tak akan makan lagi sebab rasa dia tak akan sama macam sewaktu kita mula makan dahulu. Macam aku sendiri kalau makanan itu dah lemau, selalunya akan ada 2 pilihan yang aku akan buat iaitu sama ada aku akan buang dalam tong sampah ataupun aku akan bagi dekat ayam yang berkeliaran belakang rumah aku. Jadi kalau kita hendak pastikan sesuatu makanan itu tidak lemau, kita kena pastikan ia tidak terdedah dan letakkan makanan itu dalam tempat yang kedap udara. Dengan itu, kita dapat memastikan keenakkan dan rasa makanan itu terjamin serta kita juga dapat mengelakkan pembaziran. 

Sekian, Assalamualaikum WBT.


Saturday, 19 March 2016

DENDAM

Dendam boleh menjadi pemusnah kehidupan seseorang. Itu adalah salah satu benda yang aku bolehkongsikan mengenai dendam. Dendam ini selalunya timbul kalau kita dengki, meluat, dan menyampah dengan seseorang. 

Sepatutnya setiap manusia mempunyai sifat saling menerima dan memaafkanantara satu sama lain. Kita menerima baik buruk seseorang itu dengan hati yang terbuka. Seandainya sifat ini dapat dipupuk dengan baik dalam diri setiap manusia in sha Allah perasaan dendam itu dapat dihilangkan dalam diri setiap orang. Mungkin dengan ini juga perpaduan yang ingin dicari dan dibina di dalam setiap negara selama ini dapat direalisasikan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membuang perasaan 
dendam kesumat yang timbul di dalam hati. Kita hanya perlu meniti hari demi hari dengan kebahagiaan yang menanti.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

PASRAH

Pasrah adalah satu perkara yang sering aku lakukan. Dan aku rasa bukan sahaja aku tetapi ramai lagi yang akan melakukan perkara yang sama apabila berhadapan dengan situasi yang tertentu.

Aku ambil diri aku sendiri sebagai contoh dalam perkara ini. Aku selalunya akan berasa pasrah apabila aku sudah berusaha sehabis mungkin dalam sesuatu benda atau mungkin aku dah malas langsung untuk ambil peduli tentang sesuatu benda itu. Jadi bila perkara ini terjadi mood aku akan sedikit lari pada masa tersebut iaitu sama ada aku boleh jadi terlampau hiperaktif atau terlampau senyap (sampai orang tak akan dengar bunyi pernafasan aku). Hahaha. 

Apa yang boleh aku katakan di sini ialah apabila kita sudah berusaha sehabis baik, apa yang kita perlu buat hanya pasrah kepada Allah SWT. In sha Allah segala-galanya akan berjalan dengan lancar 
dan baik jika kita percaya dengan kuasa Allah SWT.

Sekian, Assalamualaikum WBT.


Tuesday, 15 March 2016

BAHAGIA

Bahagia boleh menjadi perkara yang paling senang dan juga mungkin yang paling sukar untuk aku rasa. 

Aku senang untuk rasa bahagia bila aku bersama keluarga aku dan haiwan peliharaan aku (Tabu dan Tam). Selain itu, aku juga akan rasa sangat bahagia sewaktu aku menonton anime dan cerita Korea, mendengar lagu kegemaran aku, dan juga bila aku ada banyak masa untuk tidur kerana masa aku tidur aku boleh berimaginasi tentang pelbagai perkara yang dapat mengembirakan hati aku yang gundah-gulana ini. Muahahaha. 

Sekarang ini, benda yang paling sukar untuk membuat aku bahagia ialah bila aku bersama rakan sekelas aku, sepupu aku dan roomates aku. Bukannya aku tak rasa bahagia langsung bila bersama mereka tetapi mereka ini lebih banyak memusnahkan mood bahagia aku daripada mood tak bahagia aku.Oleh sebab itu, kadang-kadang aku jadi agak benci sewaktu aku kena bersemuka dengan mereka.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

LESU

Lesu adalah sejenis sifat atau penyakit yang setiap orang akan rasai bergantung kepada keadaan. Contohnya, aku senang berasa lesu kalau aku kena buat benda yang aku tak suka seperti dipaksa buat kerja last minute. Mungkin bagi orang lain, mereka akan berasa lesu disebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya dan mungkin juga disebabkan oleh masalah dan tekanan yang mereka hadapi. 

Jadi, apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah lesu ini adalah perkara yang boleh dielakkan jika kita mengikut dan melakukan langkah-langkah yang sepatutnya dalam mengawalnya. Oleh itu,
marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengawal masalah kelesuan dalam kalangan 
manusia di seluruh dunia.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

Sunday, 6 March 2016

KAU

Kau adalah antara seorang sahabat yang sangat aku hormat di awal pertemuan kita. Kau juga membuat aku kagum dengan perwatakan kau yang lemah-lembut dan senang mesra dengan orang sekeliling.
Namun, rasa hormat dan kagum itu semakin luntur semakin masa 
berlalu. Semakin masa berlalu pergi, semakin itu juga aku 
mengenali siapa diri kau yang sebenarnya. Kau bukanlah selembut yang aku sangka, kau sanggup meninggikan suara dengan ibu bapa 
kau sewaktu mereka cuba menasihati kau. Kau juga tanpa segan 
silu menunjukkan aurat kau kepada bukan mahram kau. Aku 
pernah cuba untuk menasihati kau, tetapi kau hanya mengambil 
nasihat aku sebagai suatu gurauan. Sahabat aku tahu siapalah diri 
aku ini untuk menegur kau, tetapi aku berdoa agar kau dikurniakan 
hidayah oleh Allah SWT.

Sekian, Assalamualaikum WBT.

AKU


Aku bukan seorang manusia yang sempurna. Aku juga sering 
melakukan kesilapan seperti orang lain. Jadi aku harap kalian 
semua dapat menerima diri aku ini dengan seadanya. Aku tahu 
kebanyakan orang suka membuat penilaian terhadap seseorang itu hanya berdasarkan luaran semata-mata  dan aku juga tidak 
terkecuali dari perkara itu. Aku ini mungkin nampak baik dan sopan di mata orang lain tetapi itu bukanlah hakikat yang 
sebenarnya. Aku nampak baik mungkin sebab aku pakai 
‘handsock’ dan ‘stocking’ dan ya aku sendiri mengaku aku sangat menjaga bab-bab pemakaian yang dituntut dalam Islam walaupun 
masih banyak benda yang aku kena pelajari dan betulkan. Namun, 
dari segi sikap aku rasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa 
teruknya perangai aku. Aku ini seorang yang kuat mengumpat dan 
merajuk. Aku ini jenis yang akan mengumpat tak kira sama ada 
orang itu kawan baik aku sendiri atau orang yang baru aku kenal. Walaupun aku tahu perangai aku ini dibenci oleh Allah SWT, tetapiaku tetap buat. Aku pernah cuba untuk buang sikap yang aku 
sendiri benci ini, tetapi benda itu hanya bertahan sekejap sahaja. 
Jadi aku cuba perbetulkan niat aku balik dan alhamdulillah aku 
sudah berjaya untuk mengurangkan sikap suka mengumpat dan 
merajuk aku ini sedikit demi sedikit. Walaupun masih banyak 
benda yang aku harus pelajari untuk menjadi seorang hamba yang 
sentiasa taat akan penciptaNya, tetapi aku percaya selagi kita 
sentiasa tajdid dengan niat kita in sha Allah, Allah SWT akan 
permudahkan segala urusan kita. Aku juga berharap agar kalian 
semua dapat mendoakan niat baik aku ini.

Sekian, Assalamualaikum WBT.