Aku bukan seorang manusia yang sempurna. Aku juga sering
melakukan kesilapan seperti orang lain. Jadi aku harap kalian
semua dapat menerima diri aku ini dengan seadanya. Aku tahu
kebanyakan orang suka membuat penilaian terhadap seseorang itu hanya berdasarkan luaran semata-mata dan aku juga tidak
terkecuali dari perkara itu. Aku ini mungkin nampak baik dan sopan di mata orang lain tetapi itu bukanlah hakikat yang
sebenarnya. Aku nampak baik mungkin sebab aku pakai
‘handsock’ dan ‘stocking’ dan ya aku sendiri mengaku aku sangat menjaga bab-bab pemakaian yang dituntut dalam Islam walaupun
masih banyak benda yang aku kena pelajari dan betulkan. Namun,
dari segi sikap aku rasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa
teruknya perangai aku. Aku ini seorang yang kuat mengumpat dan
merajuk. Aku ini jenis yang akan mengumpat tak kira sama ada
orang itu kawan baik aku sendiri atau orang yang baru aku kenal. Walaupun aku tahu perangai aku ini dibenci oleh Allah SWT, tetapiaku tetap buat. Aku pernah cuba untuk buang sikap yang aku
sendiri benci ini, tetapi benda itu hanya bertahan sekejap sahaja.
Jadi aku cuba perbetulkan niat aku balik dan alhamdulillah aku
sudah berjaya untuk mengurangkan sikap suka mengumpat dan
merajuk aku ini sedikit demi sedikit. Walaupun masih banyak
benda yang aku harus pelajari untuk menjadi seorang hamba yang
sentiasa taat akan penciptaNya, tetapi aku percaya selagi kita
sentiasa tajdid dengan niat kita in sha Allah, Allah SWT akan
permudahkan segala urusan kita. Aku juga berharap agar kalian
semua dapat mendoakan niat baik aku ini.
Sekian, Assalamualaikum WBT.

No comments:
Post a Comment