Lemau merupakan salah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan makanan. Biasanya kalau sesuatu makanan itu masuk angin, ia akan menjadi lemau. Contohnya, macam biskut kalau kita biarkan terdedah, kemungkinan besar untuk biskut itu menjadi lemau adalah sangat tinggi. Selalunya kalau makanan itu sudah lemau, orang tak akan makan lagi sebab rasa dia tak akan sama macam sewaktu kita mula makan dahulu. Macam aku sendiri kalau makanan itu dah lemau, selalunya akan ada 2 pilihan yang aku akan buat iaitu sama ada aku akan buang dalam tong sampah ataupun aku akan bagi dekat ayam yang berkeliaran belakang rumah aku. Jadi kalau kita hendak pastikan sesuatu makanan itu tidak lemau, kita kena pastikan ia tidak terdedah dan letakkan makanan itu dalam tempat yang kedap udara. Dengan itu, kita dapat memastikan keenakkan dan rasa makanan itu terjamin serta kita juga dapat mengelakkan pembaziran.
Sekian, Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment