Aku ingat cerita sedih hidupku berakhir sampai cuti semester baru-baru ini sahaja. Namun, lebih banyak ujian dan dugaan yang datang dalam hidup aku minggu ini. Perkara yang paling terkesan dalam hidup aku minggu ini adalah aku tak sempat nak buat Ujian Makmal 1 (Aplikasi Komputer) sampai habis. Ini semua gara-gara sebab komputer aku terpadam dengan sendiri masa aku dah buat separuh jalan. Bila aku buka balik komputer itu, kerja yang aku buat itu hilang begitu sahaja dan aku terpaksa buat lain. Bila buat lain itu, aku sempat buat Microsoft Excel sahaja sampai habis. Perkara ini membuatkan mood aku terus lari sepanjang hari sampai aku terlupa nak pergi meeting kelab hari itu. Keesokan harinya, aku kena marah dengan senior sebab tak pergi meeting malam itu dan alasan yang aku dapat bagi masa itu adalah aku ada masalah peribadi (aku rasa alasan ini sangat mengarut ). Hahahahaha. Walaupun, banyak ujian dan dugaan yang menimpa aku minggu ini, aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kita mesti sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu sudah mengaturkan perjalanan hidup kita itu dengan sebaik-baiknya. In sha Allah.
Sekian, Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment