Waktu panas-panas macam sekarang ini memang sedap dan nyaman kalau kita berada di tempat yang berangin dan dingin. Sebab itu aku akan mencari tempat-tempat yang best untuk diduduki.
Tempat pertama yang menjadi pilihan hati aku tentulah bilik aku sendiri. Walaupun bilik aku ini kurang sejuk sebab aku pakai kipas sahaja, tetapi keselesaan yang aku dapat masa duduk dekat bilik tidak dapat ditandingi dengan tempat lain. Masa dekat bilik sahaja yang aku boleh guling-guling suka hati dan makan maggi sambil tengok movie. Hehehe.
Seterusnya, tempat kedua yang mendapat tempat di hati aku ini ialah surau FEP. Aku rasa antara banyak-banyak surau yang aku pernah pergi dalam UKM ini, surau fakulti aku adalah yang paling sejuk dan selesa. Bila dah selesa, lagi seronok untuk kita buat ibadah. Betul tak rakan-rakan sekalian?
Tempat terakhir yang termasuk dalam carta aku ialah perpustakaan. Perpustakaan ini best sebab salah satunya semua tempat dalam perpustakaan itu ada aircond. Nak cakap angin aircond perpustakaan itu punyalah kuat, tempias dia kena sampai ke luar. Lagi satu aku suka duduk perpustakaan sebab makanan yang dijual dekat situ sedap-sedap. Selalunya aku akan beli nasi lemak dan spaghetti sebab bagi aku harga dia berpatutan dengan rasa.
Sekian, Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment