Burung hantu atau dalam bahasa inggerisnya ‘owl’ adalah salah satu binatang yang paling cantik aku pernah jumpa di dalam muka bumi Allah SWT ini. Perkara yang membuatkan aku tertarik dekat burung hantu ini adalah dia mempunyai mata yang sangat bulat dan ia bersinar dalam kegelapan malam. Pertemuan aku dengan burung hantu ini tidak bermula dengan sangat baik pada mulanya kerana dia cuba nak menjadikan anak kucing dekat rumah aku itu sebagai makanan tengahari. Setelah itu peranan aku muncul sebagai wira dan penyelamat. Aku hampir dicakar dan disambar oleh burung hantu itu kalau adik aku tak datang tolong aku tepat pada waktunya masa itu. Konon nak selamatkan kucing la sangat padahal diri sendiri pun kena minta orang lain tolong selamatkan. Hahahahaha. Selepas kejadian ini, burung hantu itu rajin pula datang rumah aku walaupun dia hanya perhati dari jauh gerak geri aku dan sudah semestinya dia masih aim anak kucing aku lagi. Semasa inilah, baru aku perasan yang burung hantu ini cantik rupanya walaupun dia itu kira menjadi musuh aku (kalau mengikut cerita aku ini).
Sekian, Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment