Setiap manusia berhak diberikan peluang untuk berubah dalam dunia ini. Kita tidak boleh terus menghukum seseorang itu atas kesalahan yang dia lakukan. Kita mesti sentiasa ingat bahawa tidak ada seorang manusia pun dalam dunia ini yang tidak pernah melakukan kesalahan. Bahkan kita sendiri juga sentiasa membuat salah dalam hidup ini. Kebanyakan orang takut untuk berubah kerana orang yang berada di sekeliling mereka sendiri tidak memberikan peluang kepada mereka untuk berubah. Jadi apa salahnya, jika kita menjadi orang pertama yang menghulurkan tangan untuk sama-sama membantu mereka untuk berubah. In sha Allah jika kita berbuat baik kepada orang, kita sendiri akan dibalas perkara yang baik.
Sekian, Assalamualaikum WBT.
No comments:
Post a Comment