Menurut andaian aku, perasan ini adalah satu sifat yang ada pada semua orang. Namun, sifat ini aku rasa adalah lebih ke arah kaum wanita. Aku bukannya nak menghina kaum wanita tetapi apa yang aku nyatakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku mengaku yang kebanyakan kawan perempuan aku termasuk aku sendiri memang jenis kuat perasan. Contohnya, kalau pensyarah puji yang jawapan aku paling tepat antara semua orang lain, mulalah aku nak perasan bagus. Nanti bukan setakat hati, hidung aku akan menjadi kembang bak bunga ros sekali. Aku rasa perasan aku ini masih di tahap normal dan masih boleh diterima oleh semua orang. Fenomena perasan yang aku paling tak suka adalah bila seseorang perempuan itu perasan yang ada lelaki minat dekat dia walaupun lelaki itu baru pertama kali pernah tengok muka dia. Perasan jenis ini aku tak tahu datang dari mana kewujudannya sebab bagi aku benda ini sangat tak logik dan membuang masa.
Sekian, Assalamualaikum WBT.