Untuk pengetahuan semua, aku ini merupakan seorang pencinta coklat yang sangat tegar. Coklat yang selalunya menjadi pilihan aku antaranya ialah Kinder Bueno, KitKat, Kisses, Vochelle dan Ferrero Rocher. Cadbury dulu pernah menjadi coklat kegemaran aku tetapi sejak JAKIM mengumumkan yang enzim babi digunakan dalam penghasilan coklat Cadbury, aku dah tak makan coklat Cadbury sampai ke hari ini.
Kenapa aku suka makan coklat?
Secara spesifiknya, aku tak tahu sejak bila aku suka makan coklat tetapi bila aku makan coklat aku rasa macam diri aku berada di awan-awangan dan segala masalah aku hilang begitu sahaja. Lagi satu
aku memang suka makan benda manis macam kek dan aiskrim, jadi mestilah coklat akan termasuk dalam pilihan aku. Bagi sesiapa yang sedang masih tercari-cari cara untuk hilangkan stress, aku
rekomenkan kepada semua untuk makan coklat sebab bukan setakat aku teapi kajian juga sudah membuktikan bahawa coklat merupakan salah satu cara terbaik untuk menghilang tekanan.

Sekian, Assalamualaikum WBT.